Lovely U Olls

Misteri

22 July 2011

Tak abis-abis...masak-masak..makan-makan...

Jangan marah2 ye..asyik2 entry masak jer...isshhh!!..hehehe..actually sy suka masak, especially yg berkaitan dengan pastri.Kali first trai buat karipap kentang.Dah terasa sgt nk mkn karipap, so godek-godek dapur ader semua bhn2 tuk wat karipap..So, i do it..Moh ikut sy masuk dapur.

Haa!! ni la karipap kentang tu...nk kongsi resepi nga u olls ler ni..


Resepi: Asal kakinakl
Kulit Karipap:
1/2 kg tepung gandum (sy gune 2 cwn)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
Air masak bercampur garam.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak bersama mentega. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)
6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap:
1kg ubi kentang-dadu
1 biji bawang besar-dadu
3 sudu besar kari daging (sy gune 4 sudu)
400gm daging kisar (sy guner ayam)
3 biji bawang putih (hiris halus2)
air secukupnya
garam dan sedikit minyak

Cara-cara:
Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah didadukn.
Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
Masukkan ayam kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Masukkan pulak ubi kentang, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.
Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.


p/s: korang pandai2 lah nk campur tolak ye..ats citarasa masing2...



2 comments:

Nor Fadila Rosli said...

saya dah follow..eee...my fav ni...best2..:) nyum2..

kotak bulat said...

wah.. rajin ek wat karpap.. :)

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...