Jom kita baca..kredit dari beritasemasa menyatakan...
Sudah acapkali kita dengar tentang ura-ura kenaikan gaji penjawat atau kakitangan awam ini berlegar-legar di dalam blog-blog dan media massa.Namun sehingga hari ini, tiada kesahihan tentang khabar angin ini.Namun begitu, sumber-sumber dalaman telahpun memberitahu bahawa kenaikan gaji penjawat awam memang bakal dinaikkan.Namun dengan syarat.Apa syarat-syaratnya?
Tempohari, kami ada menulis mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam yang tidak akan lagi mengambil pekerja untuk bekerja sebagai kakitangan awam mulai 1 Jun 2011 sehinggalah 31 Ogos 2011. Rupa-rupanya, memang ada udang di sebalik batu mengenai perkara ini.
Dalam tempoh tersebut, diberitakan bahawa kerajaan sedang menilai para pegawai dan kakitangan awam kerajaan yang ada.Dengan kata lain, para penjawat awam yang tidak memberikan hasil prestasi kerja yang baik, serta mempunyai masalah disiplin, kakitangan awam ini bakal diberhentikan bagi mengecilkan jumlah penjawat awam sedia ada di mana, hanya yang terbaik sahaja yang akan dikekalkan.
Ini adalah bersesuaian dengan langkah kerajaan bagi memastikan pentadbiran kerajaan selepas ini lebih efisien dan juga lebih bermutu daripada sekarang.Biasalah, kalau sebut pasal kakitangan kerajaan, macam-macam berita tak baik yang kita dengar.Kaki ponteng, kaki ngulat, servis lembab dan sebagainya.
Jadi, kerajaan sekarang telah bersedia untuk memastikan bahawa segala permasalahan yang melibatkan kakitangan awam ini, akan cuba di atasi dengan baik, dimanakakitangan awam yang tidak “perform” semasa bertugas, bakal dikenakan tindakan dan juga dibuang dan memastikan hanya penjawat awam yang benar-benar berkualiti sahaja yang dikekalkan.
Kami sangat menyambut baik tentang perkara ini sebenarnya.Tidak kami nafikan, ada kebenaran tentang sikap dan masalah kakitangan awam ini.Tidak kiralah di jabatan mana mereka berkhidmat.Masalah ini memang ada.Tindakan ini sangat baik kalau difikirkan secara ilmiah dan ekonomi.
Mungkin ada yang akan berasa tidak puas hati, tapi bagi kami, tepuk dada, tanyalah hati.Sekiranya anda bekerja sebagai kakitangan awam, soal diri anda, adakah selama ini anda melakukan tugas dengan penuh integriti dan juga berkualiti?
Selepas pelaksanaan proses “pembersihan” ini, barulah kenaikan gaji kakitangan awamakan dibincangkan dengan lebih serius.Dan diberitakan juga, kenaikan tersebut bukan margin yang kecil.Tetapi besar! Jadi, kakitangan awam sepatutnya akan lebih produktif dan efisien selepas ini.
Kami berpendapat, sekiranya semua kakitangan awam berkhidmat dengan cemerlang dan jaya, berkemungkinan pekerja sektor swasta juga tidak akan merungut mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini.
P/S: JIKA SEMUA PEKERJA MAU GAJI NAIK KENELAH BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN JUJUR. JGN MALAS-MALAS, BARU DAPAT GANJARAN YANG SETIMPALNYA.
No comments:
Post a Comment