Telekom Malaysia (TM) hari ini telah pun mengumumkan yang mana pihak mereka telah mendapati kerosakkan pada kabel yang menghubungkan Malaysia ke Eropah, iaitu kabel SMW4 (South East Asia Middle East Western Europe), dan akan mulakan proses membaiki mulai Ahad ini.
TM dijangka akan mulakan proses membaik-pulih pada 13 Februari ini, dan dijangka akan berakhir pada hari Khamis, iaitu 17 Februari. Dalam jangka masa kurang 4 hari ini, TM telah bersedia untuk meminimumkan masalah pelayaran, namun ianya berkemungkinan yang mana para pengguna menghadapi masalah pelayaran web pada tempoh masa tersebut.
No comments:
Post a Comment