Jom jalan-jalan ke Rantau Panjang version kelate ratau paje. Cuti raya cina aritu, ku sempat shopping kat ratau paje ni. Dah lama tak shopping kat ratau paje. Apa lagi peluang yg ada digunakan sepenuhnya.
Map ke ratau paje
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk melakukan kegiatan haram dari sempadan Thailand.
Mai kita lihat apa yang ada di ratau paje ni. Pelbagai makanan, buahan, pakaian dll yg ada disini, rambang mata gak la nk membeli. Ikutkan ati nk beli semua yg berkenan di ati ni.
Kastam gate.
Kompleks Bazar Rantau Paje.
Lorong2 gerai pelbagai kerepek dan kudapan serta makanan yg sohor2 di kelate.
Buah-buahan yg terdapat disini.
Cantik2 selipar yg di gantung di sini.
Peminat bear atau patung2 leh ler pi ratau peje..murah..murah!!!
Pusing2 dari kedai ke kedai di sekitar rantau paje ni..Hasilnya ku terbeli la juga beberapa barang.. ^_^ jom tengok apa yg ku telah terbeli tu. Biasa la kalu bahagian my bambam apa lagi, jersey bola la..kedai jersey bola la bg org lelaki, kedai tu tempat hala tuju mereka yg utama. Lagi pon jersey kat sini ok2..cantik!!!
Baju tuk anak sedara yang disayangi. Banyak baju tuk kids." Cantik2, rambang mata moklong ni weh, kis n ayis weh nk milih!!!.
Jersey team bola sepak Chelsea, for me n my bambam. Kenalah beli couple, baru CUNNN!!!. Mentang2lah Fernando Torres masuk ke team Chelsea.
Torres..torres..torres !!!
Alamak, perutku dah berkeroncong dah ni. Wow!! Pulut ayam goreng yg best..yummy2..pulut ayam goreng.. Salah satu makanan yg best dan sohor kat cini ialah pulut ayam goreng. Siapa2 yg ke ratau paje ni, rugi kalau tak rase pulut ayam goreng ni, pergghhh!! behye, lagi best mkn panas2..Ku nga mybambam tg turn tuk order pulut ayam goreng ni, dalam setengah jam, fuhhh lamanya, coz ramai org. Naib baik dpt juga merasa, kalu tak kempunan la nk makan pulut ayam goreng ni.
Ok la, sy mau sleep lu..coz esok ada kelas pagi2 lagi..nanti kita continue2 lagi..mata dah xleh nk buka luas2 dah ni.
2 comments:
pulut ayam mmg sedap! oh, thanks for the keropok ^___^
sedap..sedap..sama2.. (^_^)
Post a Comment