Lovely U Olls

Misteri

19 January 2011

Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies

amanz

Selain membawa masuk iPhone ke Malaysia, kini Maxis bergerak setapak kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi Maxis Movies, dimana melaluinya para pengguna Maxis boleh membeli dan menempah tiket panggung wayang secara terus melalui telefon pintar iPhone mereka, selain membayar terus menggunakan akaun PayPal.


Aplikasi Maxis Movies ini boleh digunakan pada perantian iPhone, iPod Touch dan juga iPad, dan memerlukan iOS 4.2 untuk berfungsi. Melaluinya, para pengguna boleh membuat tempahan awal untuk filem kegemaran mereka, selain turut sama memilih tempat duduk, dan membayarnya terlebih dahulu dengan menggunakan PayPal dengan mudah. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh menikmati tawaran beli satu, percuma satu sekiranya membeli tiket pangguna wayang GSC pada hari Selasa selepas pukul 6 petang.
Ianya tidak pasti samaada adakah Maxis akan memperkenalkannya kepada pengguna Android, BlackBerry ataupun Windows Phone aplikasi yang serupa sepertinya. Namun begitu, para pengguna iPhone dan iPad boleh memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma melalui iTunes.
p/s : Tips daripada Paeh. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my


No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...