Lovely U Olls

Misteri

19 January 2011

Aplikasi iPad Untuk The Star Di Lancarkan Secara Rasmi

Dengan peningkatan penggunaan perantian mudah-alih, terutamanya iPad, kini The Star secara rasminya melancarkan aplikasi khas untuk iOS, membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan semasa dan artikel terkini akhbar tersebut secara terus melalui perantian iPad mereka.


Aplikasi iPad ini telah mula diperkenalkan kepada umum sejak bulan September 2010 tahun lepas, yang membawakan lebih 27,000 muat-turun, selain turut menjadi antara 10 aplikasi popuar dikalangan para pengguna Malaysia. Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya boleh digunakan pada iPad, dan versi iPhone dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Selain daripada itu, memandangkan aplikasi iPad tersebut ditaja oleh beberapa pihak, ianya diberikan secara percuma buat masa sekarang ini. Melalui aplikasi ini, ianya menjadikan The Star sebagai akhbar perdana pertama Malaysia yang mula menawarkan kandungan akhbar mereka melalui aplikasi untuk iOS.

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...