Lovely U Olls

Misteri

19 July 2010

Tahukah ANDA???

Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya

Selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;

Kemudahan galakan pelepasan cukai :
bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.

Kemudahan pengangkutan awam :
terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.

Kemudahan perumahan :
DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.

Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Pengecualian bayaran dokumen perjalanan :
dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).

Kemudahan peluang pekerjaan :
kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.

Kemudahan pendidikan :
terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.

Kemudahan dalam aktiviti harian :
terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.

Pengecualian 50% Duti Eksais ke atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.
Insentif lain seperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.

1. Kurang Upaya Pendengaran

* Minumum (Mild) - (20 -<30 db)
* Sederhana (Moderate) - (30 - <60 db)
* Teruk (Severe) - (60 - <90 db)
* Sengat Teruk (Profound) - (>90 db)

2. Kurang Upaya Penglihatan

* Buta (Blind)

o Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunkan alat bantu penglihatan (cermin mata)

* Terhad (Low Vision / Partially Sighted)
o Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik daripada penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)

* TunnelVision
o Pandangan yang terhad kepada satu arah dan dalam ruangan sehala.

3. Kurang Upaya Fizikal
Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta, Kerdil dll.

4. Cerebral Palsy

* Hemiplegia
o Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan

* Diplegia
o Cerebral Palsy yang melibatkan kedua - dua belah kaki

* Quadriplegia
o Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki

5. Masalah Pembelajaran
Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi:-

* Lewat perkembangan (Global Developmental Delay)(bagi kanak-kanak berumur <3 tahun)
* Down's Syndrome
* Autisma
* Attention Deficit Hyperactive Disorder
* Terencat akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak > 3tahun)
* Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll

6. Lain - lain
Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format

Nota :
Slow Learner ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran yang mungkin disebabkan oleh faktor intelek dan / atau persekitaran. Ia boleh dibetulkan dengan bimbingan di kelas pemulihan. Kanak-kanak ini perlu dinilai semula sekiranya masih menghadapi masalah pembelajaran selepas mendapat bantuan dari kelas pemulihan. Kanak-kanak dalam kategori ini perlu didaftarkan dengan Unit Pendidikan Khas untuk mendapat kemudahan pendidikan khas.

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...