Lovely U Olls

Misteri

05 January 2011

Lebih 9.5 Juta Rakyat Malaysia Menggunakan Facebook

Amanz

Pengguna Facebook Malaysia dilihat bertambah dari hari ke hari, dan kini pengguna Facebook Malaysia dilihat sudah mencapai angka 9,544,400 orang, sekaligus menghampiri angka 10 juta orang pengguna. Secara keseluruhannya, pengguna Facebook seluruh dunia diperkatakan berjumlah seramai 573,694,000 orang.

Walaupun angka ini bukanlah angka rasmi yang dikeluarkan oleh Facebook, ianya dikeluarkan oleh CheckFacebook.com yang mana laman itu mengatakan mereka menganalisa laporan pengiklanan dari Facebook dalam mempersembahkan data pada laman mereka.
Selain daripada itu, apa yang dapat dilihat melaluinya adalah, daripada angka pengguna lebih 9.5 juta orang di Malaysia, lebih 53% adalah pengguna berjantina lelaki, sekaligus memperlihatkan dominasi oleh pengguna lelaki berbanding perempuan di kalangan pengguna Facebook Malaysia.
Pada masa yang sama, pengguna berumur antara 18-24 adalah paling aktif menggunakan Facebook di Malaysia, dan diikuti oleh pengguna berusia antara 25 hingga 34 tahun. Facebook seperti sedia maklum, telah mengubah cara kita berkomunikasi dan bersosial di internet, dan dijangka akan terus berkembang lagi sepanjang tahun ini. Beberapa fungsi baru seperti panggilan video dan sebagainya juga diura-ura akan diperkenalkan pada Facebook tidak lama lagi. Ini sekaligus dijangka akan terus menambah pengguna Facebook seluruh dunia. Sama-sama kita nantikannya.

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...