Lovely U Olls

Misteri

13 January 2011

Google Translate Untuk Android Baru Membawakan Inovasi Dalam Komunikasi



Sekiranya anda pernah menonton video Microsoft mengenai masa depan, mungkin anda perasan yang mana dua anak muda berlainan bangsa dan asal-usul bersembang dengan bahasa pertuturan masing-masing, namun difahami oleh kedua-dua pihak. Menariknya, perkara tersebut mungkin akan direalisasikan tidak lama lagi, dengan pengenalan aplikasi Google Translate yang baru ini.
Melalui versi baru untuk aplikasi Google Translate untuk Android ini, beberapa perkara baru diperkenalkan, termasuklah antaramuka yang baru. Namun begitu, salah satu perkara menarik adalah mode komunikasi, yang membolehkan penterjemahan dilakukan dalam masa-nyata, menggunakan suara.
Melaluinya, ianya membolehkan anda untuk bercakap dalam bahasa anda kepada telefon Android anda, yang seterusnya akan membacakan kembali dalam bunyi yang kuat kepada bahasa yang anda pilih, seterusnya membolehkan orang yang anda hubungi itu dengar, dan faham. Seterusnya balasan daripada orang tersebut, turut sama akan diterima, dan diterjemah kepada bahasa anda. Menarik bukan?
Namun begitu, aplikasi ini masih lagi diperingkat Alpha buat masa ini, dan banyak lagi perkara yang perlu dibangunkan. Dan buat masa ini, hanya bahasa English dan Sepanyol sahaja disokong, dengan sokongan lebih banyak bahasa dijangka akan diintegrasikan dalam masa terdekat. Para pengguna Android boleh memuat-turunnya secara terus daripada Android Market dengan mudah dan percuma.
Sokongan perkara sama untuk pelbagai perantian juga dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat nanti. Nampaknya, tidak lama lagi, bahasa mungkin bukan lagi suatu halangan untuk para penduduk dunia ini berhubung. Teknologi mengubah segalanya.

...Makin canggih dan memudahkan semua pengguna...suka..suka..suka..

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...