Google ingin menumpukan pada pembangunan platform menjana duit melalui Blogger, selain memudahkan para pengguna platform tersebut menjana duit melaluinya dengan lebih mudah lagi. Google merupakan antara penyedia platform pengiklanan dalam talian yang terkemuka. Google telah turut mengintegrasikan kemudahan untuk para pengguna Blogger untuk menjana pendapatan tambahan, melalui tab Monetize.
Google sedang menjalankan bancian, dengan beberapa soalan yg ringkas kepada para pengguna Blogger seperti contoh soalan adakah mereka akan gembira sekiranya mendapat pendapatan tetap paling kurang $20 sebulan atau $500 sebulan. Ianya tidak dapat dipastikan samaada apakah yang akan diperkenalkan oleh Google tidak lama lagi, namun ianya mungkin amat menguntungkan para pengguna Blogger kelak.
(sumber : amanz)
No comments:
Post a Comment