RAMAI wanita yang sanggup menyeksa diri dengan memakai kasut bertumit tinggi untuk tampil bergaya dan tampak tinggi lampai, seksi serta anggun biarpun menghadapi kemungkinan mengalami masalah sakit sendi, lenguh kaki dan badan jika diamal dalam tempoh panjang.
Katalah apa saja kesan negatif yang akan diterima akibat pemakaian kasut bertumit tinggi, selagi tidak mengalami padah, selagi itu tetap menjadi pilihan. Bukan juga salah pemakai tetapi sebaliknya kasut sihat serta sesuai untuk tubuh badan sering kali kelihatan hodoh, tidak menarik dan canggung untuk digandingkan dengan blaus atau skirt idaman.
Tidak keterlaluan dikatakan penampilan menjadi kurang bergaya apabila bertumit rendah malah tampak tidak sesuai dengan busana yang berharga ratusan ringgit. Benarkah?
Tidak dinafikan keinginan wanita tampak cantik dan bergaya menyebabkan mereka rela ‘menyeksa diri’ mengenakan kasut bertumit tinggi dengan mengetepikan kesan dihadapi akibat sakit kaki, lutut atau sakit belakang.
Hakikatnya, kasut bertumit tinggi tidak mempunyai ciri keselamatan dan perlindungan diperlukan tubuh kerana berat tubuh hanya terbeban pada bahagian jari kaki sedangkan bebanan seharusnya pada keseluruhan tapak kaki.
Kebanyakan kasut bertumit tinggi berjaya menawan hati wanita tetapi tidak mampu menawarkan perlindungan kepada kaki si pemakai kerana ia keras tanpa mempunyai unsur penyerapan hentakan semasa melangkah.
Bukan saja kenderaan disediakan penyerap hentakan malah kasut juga seharusnya memiliki ciri sedemikian untuk menjamin keselesaan si pemakai termasuk penggunaan pelapik di dalam kasut.
Ada satu tips berkenaan dimana if u alls mau beli kasut belilah pada waktu petang kerana pada waktu itu kaki kita kembang so, xder prob dlm memilih kasut yg sesuai nga kaki kita..
No comments:
Post a Comment