~ Pulau Sipadan ~
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.
~ Pulau Tioman ~
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hiduppulau yang menyeronokkan.
~ Pulau Langkawi ~
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
~ Pulau Redang ~
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
~ Pulau Perhentian ~
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
p/s: kpd sesapa yg tgh mencari-cari tempat bercuti @ tempat honeymoon..pilihlah lokasi di atas kerana ia sgt sesuai tuk bercuti dan honeymoon korang..tempat yg cantik dan indah permandangannya..ku pon kene pi juga nie..tempatnya menarik2 belaka..mesti beh giler nie..
p/s: kpd sesapa yg tgh mencari-cari tempat bercuti @ tempat honeymoon..pilihlah lokasi di atas kerana ia sgt sesuai tuk bercuti dan honeymoon korang..tempat yg cantik dan indah permandangannya..ku pon kene pi juga nie..tempatnya menarik2 belaka..mesti beh giler nie..
No comments:
Post a Comment