Lovely U Olls

Misteri

08 October 2011

The Three Musketeers


Tarikh ditayangkan: 06 Oktober 2011
Bahasa: EnglishSarikata: English / Malay / Chinese
Genre: Action / Adventure
Pengarah: Paul W.S. Anderson

Filem “The Three Musketeers” adalah pembikinan semula 3D yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama oleh Alexandre Dumas. Filem ini dibintangi Logan Lerman sebagai watak utama D’Artagnan, bersama Matthew Macfadyen, Ray Stevenson dan Lukas Evans sebagai Athos, Porthos dan Aramis (The Three Musketeers), manakala Christoph Waltz, Orlando Bloom dan Mila Jovovich sebagai Cardinal Richelieu iaitu watak jahat dalam filem ini.


Pemuda yang berdarah muda D’Artagnan bersama-sama dengan tiga legenda lampau (Musketeers) mesti bersatu demi mengalahkan agen yang jahat dan majikannya yang keji dari merebut takhta kerajaan Perancis dan mengakibatkan Eropah kedalam kancah peperangan.



Sebelum ini ketiga-tiga lagenda Musketeers yang terkenal Athos (Matius Macfayden), Aramis (Luke Evans), dan Porthos (Ray Stevenson) telah mencuri rekabentuk kapal udara yang digilai dari bilik kebal yang tinggi tahap keselamatannya, tetapi kebahagiaan itu dirasai hanya seketika apabila rakan mereka yang bersama-sama melakukan jenayah, Milady (Milla Jovovich) telah mengkhayalkan mereka dengan sejenis ubat dan menjual rekabentuk itu kepada yang menawarkan harga paling tinggi iaitu Buckingham (Orlando Bloom). Peristiwa itu memberi kesan yang mendalam kepada tiga pahlawan pedang itu. 3 tahun kemudian, D’Artagnan telah merantau ke Paris untuk merealisasikan impian untuk menjadi Musketeer.


Cardinal Richelieu mempunyai rancangan untuk menjatuhkan King Louis (Freddie Fox). Dia mengupah Milady untuk melaksanakan tugas jahat itu, dia telah memfitnah pasangan pengantin baru diRaja, Queen Anne (Juno Temple) dengan Buckingham. Jika Raja terpedaya, peperangan dengan England akan meletus, Ratu akan mati dan orang-orang Perancis akan menuntut seorang pemimpin yang lebih kuat dan stabil – iaitu Richelieu sendiri. Jika Raja tidak terpedaya, keamanan akan berterusan, tidak tergugat. Tetapi untuk mencapai keamanan yang pasti, tiga Musketeers dan pelatih muda mereka perlu melaksanakan misi mereka yang paling berbahaya iaitu untuk mendapatkan kalung berlian yang tidak ternilai dari Tower of London dan kembalikan kepada Queen pada masanya.


** selamat menonton**

Babam says..dier tg selama 18thn tuk tgk citer ni semula..yg original pada thn 1973 xsilap la yg dah babam tgk..so, yg ini version alaf baru.Classic tu babam, awal2 lagi dah layan citer sejarah ini.
SO!! Kpd Peminat yg setia menanti kedatangan citer ni, boleh la gerak ke gsc berdekatan..tak rugi!!..nk tau citer ni best ke tak? kene la adilinya sendiri..nk adili??!! kene la tonton sendiri...
sumber wiki & kakifilem

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...