Lovely U Olls

Misteri

02 July 2011

Mash Potato ala-ala KFC

wEEkend arini nk trai buat mashpotato la...dr semlm babam asyik nk mashpotato dari hasil tgn wifi dier sendiri..Jom ikut sy masuk dapur buat mashpotato..

Bahannya:
2 biji ubi kentang
1 sudu butter

3~4 sudu susu segar
sedikit garam
sedikit parsley

Cara2nya:-

rebus kentang dgn sedikit garam sampai empuk.bila dah empuk,lenyekkan.
dlm periuk lain..panaskan susu dan butter sampai butter cair.padamkan api
masukkan kentang yg dah lenyek tadi..gaulkan sebati. 
masukkan garam dan parsley jika mahu boleh masukkan blackpepper dan gaul lagi.


Ini hasil mashpotato yg dah siap.
 Senangkan nk buat mash ni..


Lagi cedap mkn bersama Sos mashpotato ini.

Bahan-bahan :-
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

sumber : myresipi 
(thanks myresepi..cedappp!!)



Selamat mencuba!!!


2 comments:

kotak bulat said...

mcm best..tp kb mls nk buat.. :P

Fiizya Aurora said...

best2..hahaha..kene rajin la..^_^ kb

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...