Lovely U Olls

Misteri

28 June 2011

PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

AWAS!! dgn makanan ringan....

Apa itu makanan ringan atau snek?
Makanan ringan atau snek merujuk kepada makanan atau minuman yang diambil di antara waktu makan utama. Mengambil snek yang tinggi kandungan gula dengan kerap boleh menggalakkan kerosakan gigi.

Apakah makanan berkhasiat yang boleh diambil sebagai snek?
Pilihlah snek yang kurang mengandungi gula. Pilihan di tangan anda..
  • Bila terasa dahaga, pilihlah :
    • air kosong.
    • jus buah atau sayur tanpa tambahan gula.
    • susu segar.
    • Bila ingin makan makanan rangup, pilihlah :
      • buah-buahan seperti jambu batu, dan tembikai.
      • sayur mentah seperti sengkuang dan mentimun.
      • kerepek dan kekacang.
    • Bila lapar, cuba :
      • Sandwich tuna atau telur, biskut tawar, roti,bijirin dan telur rebus.
      • Adakah gula-gula getah (chewing gum) itu baik?
        Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula adalah baik kerana ia :
         - meransang pengeluaran air liur yang mana membantu membersih mulut.
        mengurangkan ketegangan otot muka.
        Perhatian :
        • Anda tidak digalakkan mengunyah gula-gula getah sekiranya memakai gigi palsu dan aplians ortodontik.
        • Gula-gula getah yang mengandungi gula boleh menyebabkan kerosakan gigi.
        Adakah coklat dan gula-gula boleh merosakkan gigi?
        Anda boleh menikmati coklat dan gula-gula tanpa merosakkan gigi sekiranya dimakan semasa waktu makan utama dan pastikan penjagaan kebersihan gigi diamalkan.
        Apa yang perlu diberi perhatian ketika mengambil makanan ringan?
        • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan snek yang manis. Baca label kandungan makanan semasa membeli belah. AWAS madu, sirap jagung, glukos dan sirap pekat adalah gula!
        • Elakkan atau kurangkan minuman berkabonat
        • Amalkan penjagaan kesihatan gigi yang baik.
        • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
(sumber dr infosihat)

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...