Search dari google sal2 santau.
Doa mencegah dari santau.
Sebut sal santau ada org yg tau dan ada gak yg tak tau sal santau kan??!!. Korang kat luar sana tau ker sal santau ni??. Santau ada pelbagai jenis. Ada juga org yg tahu tp tak percaya. Bukan nk suh percaya, tp kita di dunia ada benda hidup yg kita tak nampak dengan mata kasar kan. So, santau ni salah satu benda yg kita xleh nampak dgn mata kasar.
MAKSUD SANTAU (ku search google ler nk tahu dgn tepat) :- Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka. Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah {from wikipedia}.
Naper aku bangkitkan hal santau??!!, sekadar nk berkongsi maklumat, kerana zaman makin moden tp manusia masih lagi terdedah dengan hal-hal sebegini rupa. Bukannya apa, disebabkan perasaan dengki antara manusia. So, kawan-kawan dekatilah diri kita dengan ayat-ayat suci Al-quran selalu. Minta lah pertolongan dari Allah swt. Selain itu, Allah swt turut menyuruh kita usaha. Segala penyakit ada ubatnya. Rawatan islam sekarang ni berlambak di negara kita. Cuma kena lah pandai2 pilih, jgn sampai kene tipu pula.
No comments:
Post a Comment