Lovely U Olls

Misteri

20 March 2011

Cara Membahagiakan Suami Anda

Ok bertemu kembali blog ku..hehehe..kepada sape2 yg ada suami bacalah tips cara membahagiakan si suami anda..semua insan2 yg bergelar isteri menyanyagi  suami kan???Bagaimana mahu kasi lebihkan kebahagiaan itu,,let ce gouw..kita tgk apa yg perlu kita buat..

Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda. Buatlah disaat suami Anda  masuk ke rumah, dia merasa bahawa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang.

Bagaimana caranya agar suami Anda itu bisa merasa damai dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata-kata ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu usahakan untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.

Sopan dan penuh perhatianlah Anda ketika berbincang-bincang, jauhkanlah perdebatan dan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat Anda.


fahami  kebenaran dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami terhadap Anda selaku isteri, yang memang terkait dengan kodrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim (penindasan).

Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan sang suami dan pastikan suara Anda tidak meninggi pada saat dia bersama Anda.

Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan solat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkawinan Anda, sungguh mengingat Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati Anda.
Saya sayang bangat MY BAMBAM...i love so mucchhhh..hanya kamu pendampingku paling setia..^_^ kamulah yg dapat membahagiakan ati yayang ini..


Khas tuk bambam ^_^

BUAT SUAMIku
Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…
Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…
Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…
Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

5 comments:

Republic Aku said...

bertuah siapa punya isteri begini dan untung sisuami yang punya isteri begitu...

hasrul hassan said...

Salam. Tapi kalau boleh janganlah jadi 'pelakon' semata-mata kerana nakkan perhatian suami. Jadi diri sendiri lebih baik. Kerna faktor itulah yang membuatkan suami anda mula2 tertarik dengan anda.

Dan jika ingin buat satu kelainan, bincang dulu, dalam perkara yang melibatkan sesuatu yang lain dari kebiasaan, si suami mungkin boleh kena heart attack.

Apapun lain suami,lain pendapat.

Fiizya Aurora said...

Republic: bertuah2,,,hehehe..isteri kalu didik nga betul tentu dia boleh jadi terbest..
HH: tul2..tul tu hh..saya setuju pendapat hh..coz manusia ni rambut jer sama itam..ati lain2 kan..tul isteri kene lah tul2 ikhlas..asyik berlakon cam ner nk bahagia kan..

thanks ada komen awk berdua..^_^

storyfromme said...

seronoknye.tak sabar nak kawen la camni :)

Fiizya Aurora said...

storyfromme: sabar2..akan sampai juga nanti di level ini...hehehe

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...