Lovely U Olls

Misteri

28 February 2011

Selamat Ulang Tahun Ke-4, Nuffnang



Nuffnang Malaysia, salah satu syarikat pengiklanan dalam talian yang terkemuka, hari ini secara rasminya telah mencapai umur 4 tahun. Syarikat yang dimulakan pada tahun 2007 ini, kini telah menjadi salah satu syarikat atas talian yang terkemuka di Malaysia.
Nuffnang kini mempunyai pejabat operasi dihampir lima buah negara, termasuk, Malaysia, Filipina, Singapura, Australia, dan China. Pada masa yang sama, mereka juga telah memperkenalkan anak syarikat dibawah mereka, yang mana mengutamakan pengiklanan sosial, iaitu ChurpChurp. Baru-baru ini, mereka juga turut memperkenalkan pengiklanan jenis CPA pada platform mereka.
Kini, dengan peningkatan pengguna internet di Malaysia, Nuffnang turut menerima tempiasnya. Sepanjang tahun lepas, Nuffnang telah memperlihatkan lebih daripada 2 billion banner melalui platform pengiklanan mereka, serta pekerjanya yang kini telah meningkatmelangkaui 70 orang.
Untuk tahun ini, semestinya Nuffnang mempunyai perancangan yang lebih lagi untuk para penggunanya, dimana salah satu daripadanya adalah anugerah blogger, iaitu Nuffnang Asia-Pasific Blog Awards, yang dijangka akan diadakan di Malaysia. Kemaskini berkaitan dengannya dijangka akan didengar tidak lama lagi.

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...