Setelah lama senyap tanpa kemaskini berita berkenaan dengan iPhone 4 berwarna putih, kini ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar ianya akan dilancarkan oleh Apple seawal 27 Februari ini. Namun begitu, ianya masih belum disahkan sepenuhnya, dan masih pada peringkat ura-ura lagi.
Perkara ini mula diperkatakan apabila pangkalan data di Best Buy dikemaskini dengan informasi berkenaan dengan produk iPhone 4 berwarna putih 16GB dan juga 32GB. Ianya juga diperkatakan yang mana angka SKU yang dipaparkan padanya, sama dengan angka SKU yang digunakan ketika pra-daftar sebelum ini.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan berkemungkinan besar, Best Buy hanya sekadar menguji sistem mereka sahaja. Ianya juga diperkatakan yang mana tarikh 27 Februari merupakan hari Ahad, yang mana sedikit pelik berbanding kebiasaan pelancaran produk mereka yang selalu jatuh pada hari Khamis atau Jumaat.
Sekiranya perkara ini benar, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan tiba di Malaysia.
No comments:
Post a Comment