Lovely U Olls

Misteri

21 January 2011

Spesis baru ikan tanpa mata ditemui




JAKARTA - Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.

Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.

"Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua," kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.

Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains.

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...