Lovely U Olls

Misteri

05 December 2010

Time DotCom Fibre Internet kini berkelajuan 50Mbps



Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini TIME dotCom telah pun melancarkan rangkaian fibre mereka yang menawarkan kelajuan sehingga 50Mbps. Buat masa ini, perkhidmatan internet mereka sedia untuk digunakan di lebih 30,000 rumah dan pejabat di Bukit Kiara.
Time dotCom membolehkan para pengguna menikmati jalur-lebar pada kadar sehingga 50Mbps, dan dikatakan antara pertama di Malaysia yang menawarkan kelajuan sebegitu rupa. Para pengguna yang tinggal di kawasan Bukit Kiara boleh mengambil peluang ini, dimana para pengguna perumahan boleh menikmati perkhidmatan internet pada pakej semurah RM99, manakala pengguna perniagaan boleh menikmatinya pada kadar semurah RM148.
Pada bulan-bulan akan datang, mereka dijangka akan terus memperkembangkan kawasan liputan Time dotCom. Bersama-sama dengan pengumuman ini, Time dotCom turut sama memperkenalkan identiti korporat mereka yang serba baru.
                                                                                              (sumber : amanz.my)  
 Yeay!!...macam ni la baru pro.. laju, murah dan unlimited plak tuh!..bila plak time dotcom nak cover area putrajaya nie...camner erk kelajuan 50Mbps mesti best..mai kita pakat2 dload sampai lebam..
p/s :  ♫ JOM..JOM ♬

No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...