Lovely U Olls

Misteri

02 December 2010

~ Drama Putera Katak Di Slot Lagenda ~


~ Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia selepas dicium oleh Puteri Zadora ~


Hari : Isnin-Khamis

Masa : 4.30pm-5.30pm

Siaran ulangan : hari yg sama, jam 8.30pm, di TV9.

Setelah tamat slot lagenda "Ulek Mayang" minggu lepas, kini slot lagenda baru minggu ini ialah bertajuk "Putera Katak". "Putera Katak" merupakan drama terbaru di Slot Lagenda TV3 bermula mulai 29 November 2010 . Drama "Putera Katak" ditayangkan di tv3 setiap hari Isnin Hingga Khamis jam 4.30 Petang menggantikan ulik mayang dan siaran ulangannya pada 8.30 malam di tv9.

Pelakon dalam slot lagenda"Putera Katak" ini seperti Nora Danish dan ZIzan Nin bergandingan sebagai pelakon utama drama ini. Kepada sesiapa yg blom menonton drama ini, jom kita baca sinopsis "Putera Katak".


:: Sinopsis ::

Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan. Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

PUTERA KATAK diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi (sumber: ohbulan.com)

p/s : Nak tahu best ke tak jom kita saksikanYe pada waktu yg tlh ditetapkan.



No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...