Lovely U Olls

Misteri

07 December 2010

~ Pendidikan seks diajar berasingan mulai 2011 ~



Perhatian kpd rakyat dan ibu bapa di Malaysia ini, Pendidikan seks ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.
"PEERS sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani.
"Bermula tahun 2011 di bawah transformasi KSSR, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya, PEERS akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain," katanya di lobi Parlimen di sini semalam.
                                                                                                                                    (sumber: kosmo)
Pada pendptku ada buruk dan kebaikannya pendidikan ini diberi pendedahan awal kepada pelajar, ini kerana dunia kita semakin canggih dengan zaman yg serba berteknologi canggih. Bila zaman berubah, manusia juga berubah. Buruk dan baik berlaku bergangtung kepada individu itu sendiri yg betul-betul mengahayati sesuatu perkara dengan betul. Jika diri sendiri salah menghayati maka larilah dari matlamat asal sesuatu perkara yg hendak dilakukan itu...sama2lah kita berusaha ke arah yg lebih baik demi anak bangsa dan juga negara kita. Maka hayatilah dengan betul.

2 comments:

BaiTiL a'tiQa said...

Allah meletakkan kejayaan manusia pada hari ini di dunia & diakhirat hanya dalam agama yang sempurna sebagaimana yang dibawa oleh rasulullah...

Selamat Menyambut MaaL Hijrah...

Semoga kita dapat melakukan penghijrahan diri,jiwa kita kepada yang lebih baik..

Insyaallah...

Fiizya Aurora said...

betul tu baitil, saya setuju dgn pendapat anda..
agama kitaa memang sempurna, cuma tgl cara kita menghayatinya dengan sempurna.

selamat menyambut maal hijrah juga..

insyaallah..aminnn...

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...