Lovely U Olls

Misteri

18 July 2010

"Murabbi Cinta"

Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah.

Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat.
Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam.
Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.

Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi.

Seorang Murabbi.

MURABBI CINTA.

  • Satu lagi karya Hasrizal Abdul Jamil yang telah menerima jolokan ‘Ustaz Cinta’ selepas kemunculan buku-buku motivasi terlaris beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.
  • MURABBI CINTA masih mengekalkan gaya santai dan pendekatan bercerita yang disulami dengan rencah kehidupan realiti di alam rumah tangga. Pendekatan psikologi yang penuh hikmah dikongsi bersama pembaca dalam mencipta cerita di dalam dunia sendiri.
  • Buku ini juga mengajak kita untuk kembali kepada fitrah penciptaan cinta yang cukup suci. Ke manakah dan bagaimanakah kita seharusnya meletakkan nikmat cinta itu selayaknya?
  • Ya, kita perlukan ‘murabbi’ untuk memandu ke arah itu!


No comments:

mISteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...